Isnin, 19 Disember 2011

UCAPAN YANG DIPERTUA MSSJ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulilah, selawat dan salam kite utuskan keatas Nabi Muhamad s.a.w para sahabat, para tabien, serta ahlinya. Alhamdulilah, bersyukur kita kepada Allah taala yang masih lagi member kesempatan kepada kita untuk menikmati nikmat – nikmatnya yang tidak terhingga, dan nikmat yang paling kita beruntung sekali adalah nikmat Iman dan Islam… Iman dan Islam ini suatu perkara yang sentiasa berkait rapat seperti dunia dan akhirat.
Sempena menjelangnya minggu peperiksaan akhir semester ,marilah kitasama-sama bermuhasabah diri kite,  merenung kembali..sejauh mana hubungan kita dengan Allah, sebanyak mana sunnah yang kita turuti berbanding sebanyak mana nafsu syaitan yang kita turuti, setinggi mana iman kite berbanding setinggi mana dosa yang telah kita lakukan ..
Marilah kite sama-sama menghayati ayat Quran ini :

قال الله تعلى في الكتاب العزيز : يَأَيَّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا التَقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُسْلِمُونَ
(Surah Al-Imran : 102)

mafhumnya :Wahai orang – orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, dengan cara taat dan tidak bermaksiat, bersyukur dan tidak mengingkari nikmatnya, berzikir dan tidak lupa, dan tetaplah dalam keadaan muslim sebelum maut tiba .
Ayuh ,marilah kita semua bangkit dari terus dihanyut oleh perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri kita kepada Allah taala.. Marilah sahabat-sahabat kusekalian, kita bina hidup baru dan kita bina azam baru..sentiasalah TAJDIDkan niat kita sebelum kita tidur dan kita cuba tatbiqkan niat kita yang baru itu selepas bangun dari tidur.. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh / solehah…. I.Allah..
Amin…….

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search Box