MALACCA STUDENT SOCIETY OF JORDAN

"Berkenal,Bersefahaman Dan Bersama".

"INTO THE CROWD"

mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Melaka dan pegawai Mesir.

MESYUARAT AMT DAN AME KALI KE-4

bersama,bekerjasma dan bersatu dalam mengukuhkan sebuah persatuan.

MALACCA WINTER TRIP

"Together we build our ukhuwah".

JUALAN MSSJ SEMPENA PROGRAM HEWI DAY MAFRAQ

Bersama dalam apa jua aktiviti untuk memajukan MSSJ seiring dengan visi dan misi.

Sabtu, 31 Disember 2011

~SeLaMaT mEnDuDuKi PePEriKsAaN aKhir~



Assalamualaikum...
selamat berimtihan kepada semua warga MSSJ, semoga kita dapat menghadapinya dengan baik dan tenang. kita berdoa kepada ALLAH supaya mengurniakan kejayaan kepada kita.
perperiksaan adalah medan untuk kita menguji tahap kefahaman dan kebolehan akedemik atas apa yang telah dipelajari. Dari itu, kita boleh mendapatkan satu rumusan tahap pengetahuan dan kebolehan kita dalam apa yang dipelajari.
Namun kita juga harus mengerti bahawa bukan kejayaan mendapatkan sijil dan ujian diatas kertas sahaja sudah cukup untuk membuktikan sesorang itu berilmu. Orang berilmu itu memiliki pelbagai ciri- cirinya. Antaranya ialah dia semakin dekat dan takut dengan ALLAH S.W.T. firman ALLAH di dalam Al-Quran :" Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu". (al-Faatir: 28).
Dengan ini dapatlah kita fahami bahawa ilmu itu akan dapat menjauhkan diri kita dari melakukan kesalahan dan kemungkaran, bahkan ia akan membawa kita ke jalan kebaikan. Baiki niat kita dan beramalah dengan ilmu yang kita miliki, serta sebarkanlah ilmu itu kerana ia menjadi amanah kita. Akhir kalam carilah ilmu dengan amanah dan sampaikan dengan amanah. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa dan menerima taubat dan amalan soleh kita.Amin.
Sama-samalah kita mengambil manfaat, yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari hamba yang dhaif lagi hina ini. Kritikan dan pembetulan amat dialu- alukan.
Wassalamulaikum..

Dari Hashemi Rafsanjani Bin Kasim
[ Exco akademik MSSJ ]

Ahad, 25 Disember 2011

::ViDEo PrOmO "INTO THE CROWD"::


Jumaat, 23 Disember 2011

INTO THE CROWD "lightening the bond,Sweeting the memory"

Selasa, 20 Disember 2011

"Jom Meriahkan!!



SEMUA AHLI MSSJ YANG DISAYANGI

mohon kerjasama kalian untuk mengisi spreadsheet di bawah..
Kehadiran kalian sangat berharga buat kami




Isnin, 19 Disember 2011

UCAPAN YANG DIPERTUA MSSJ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulilah, selawat dan salam kite utuskan keatas Nabi Muhamad s.a.w para sahabat, para tabien, serta ahlinya. Alhamdulilah, bersyukur kita kepada Allah taala yang masih lagi member kesempatan kepada kita untuk menikmati nikmat – nikmatnya yang tidak terhingga, dan nikmat yang paling kita beruntung sekali adalah nikmat Iman dan Islam… Iman dan Islam ini suatu perkara yang sentiasa berkait rapat seperti dunia dan akhirat.
Sempena menjelangnya minggu peperiksaan akhir semester ,marilah kitasama-sama bermuhasabah diri kite,  merenung kembali..sejauh mana hubungan kita dengan Allah, sebanyak mana sunnah yang kita turuti berbanding sebanyak mana nafsu syaitan yang kita turuti, setinggi mana iman kite berbanding setinggi mana dosa yang telah kita lakukan ..
Marilah kite sama-sama menghayati ayat Quran ini :

قال الله تعلى في الكتاب العزيز : يَأَيَّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا التَقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُسْلِمُونَ
(Surah Al-Imran : 102)

mafhumnya :Wahai orang – orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, dengan cara taat dan tidak bermaksiat, bersyukur dan tidak mengingkari nikmatnya, berzikir dan tidak lupa, dan tetaplah dalam keadaan muslim sebelum maut tiba .
Ayuh ,marilah kita semua bangkit dari terus dihanyut oleh perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri kita kepada Allah taala.. Marilah sahabat-sahabat kusekalian, kita bina hidup baru dan kita bina azam baru..sentiasalah TAJDIDkan niat kita sebelum kita tidur dan kita cuba tatbiqkan niat kita yang baru itu selepas bangun dari tidur.. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh / solehah…. I.Allah..
Amin…….

Sabtu, 12 November 2011

Kepimpinan Amanah Berat


Seorang pemikir muslim pernah berkata :

'Pemimpin bukan seorang yang memimpin dengan perintah-perintahnya, melainkan yang memimpin dengan perbuatannya'

Pemimpin dalam Islam adalah seorang pelayan. Oleh yang demikian, ia sebuah kemuliaan melainkan sebuah tugas dan tanggungjawab.
Dalam Al Qur’an Allah swt menggunakan istilah “khalifah”, yang ertinya wakil.

Maknanya ia adalah seorang yang mewakili Allah di muka bumi untuk melaksanakan segala peraturan dan hukum-hukumNya.
Berdasarkan makna ini maka seorang pemimpin yang tidak ikut peraturan Allah tidak seharusnya diberi gelaran khalifah. Bila seorang pemimpin yang mewakili Allah, secara automatiknya ia pasti akan mewakili rakyatnya. Sebagai wakil rakyat maka ia tidak akan menzalimi mereka.

Namun akhir-akhir ini, pemimpin dalam ertikata sebagai pelayan kurang ditonjolkan sehingga rakyat yang sebenarnya memegang kedudukan paling tinggi malah direndahkan sementara para pemimpin justeru sibuk memperkayakan diri mereka di atas penderitaan rakyatnya.
Berbagai janji ditabur menjelang pilihanraya, bahkan tidak sedikit yang secara diam-diam membeli sokongan dengan harga yang tidak sedikit. Namun begitu kepimpinan tetap diraih, janji hanya menjadi janji dan rakyat terus mengalami penderitaan.

Sungguh tidak mungkin rakyat akan menemui ketenangan di bawah naungan seorang pemimpin pembohong. Rakyat tidak memerlukan janji-janji palsu. Rakyat memilih kerana mereka tulus menginginkan kebaikan. Tetapi di manakah kini pemimpin yang benar-benar jujur. Pemimpin yang takut kepada Allah sehingga amanah yang dipikulnya dilaksanakan secara maksima.

Perbezaan antara zaman Salafus-soleh yang paling ketara dengan zaman sekarang salah satunya adalah dalam cita-cita untuk meraih kepimpinan.
Dahulu, khususnya zaman sahabat, mereka saling menolak untuk menjadi pemimpin.

Abu Bakar As Shiddiq diriwayatkan, sebelum diminta menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah mengusulkan agar Umar Al Khattab yang menjadi Khalifah. Alasan beliau kerana Umar adalah seorang yang kuat.

Tetapi Umar menolak dengan mengatakan :
“Kekuatanku akan berfungsi dengan keutamaan yang ada padamu”.  
Lalu Umar membai’ah Abu Bakar dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain dari Muhajirin dan Anshar.

Abu Bakar memang secara fizikalnya kurus, tidak segagah Umar bin Al Khattab, tetapi dari segi ketegasan dan keberanian dalam mengambil keputusan, Abu Bakar lebih kuat. Tidak boleh dinafikan lagi bahwa dalam menentukan arah orientasi kepimpinan yang penuh dengan tentangan dalaman mahupun luaran, kepimpinan yang tegas dan berani seperti Abu Bakar sangat diperlukan.

Dari dialog di atas dapat kita fahami bahwa generasi awal Islam, yang terbaik itu, memandang jawatan seperti tawaran yang menakutkan. Mereka berusaha untuk menghindarinya seboleh mungkin. Tapi di zaman ini, keadaannya sudah jauh berubah.

Orang saling berlumba untuk menjadi pemimpin. Jawatan sudah menjadi tujuan hidup orang ramai. Semua tokoh yang sedang bertarung mengatakan, jika diminta oleh rakyat, saya sanggup maju ke depan. Inilah janji mereka.

Kalau kita renung lebih mendalam, keberatan para Sahabat dahulu untuk menjadi pemimpin, disebabkan kerana mereka mengetahui akibat dan risiko menjadi pemimpin. Mereka mendengar hadits-hadits Nabi saw tentang tanggungjawab pemimpin di dunia dan di akhirat.


“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya. Imam (kepala negara) adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas kepimpinannya…”.

Dalam hadits yang lain Nabi Muhammad saw meramalkan suasana hiruk pikuk di akhir zaman berkenaan soal kekuasaan dan menjelaskan hakikat dari kekuasaan itu. Baginda bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:


“Kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di hujung”. (HR Imam Bukhari)

Juga Rasulullah saw memperingatkan mereka yang sedang berkuasa yang lari dari tugas dan tanggungjawabnya sebagai pelayan rakyat dan tidak bekerja untuk kepentingan rakyatnya, dengan sabda baginda :



“Siapa yang diberikan Allah kekuasaan mengurus urusan kaum Muslimin, kemudian ia tidak melayani mereka dan keperluan mereka, maka Allah tidak akan memenuhi keperluannya.” (HR Abu Daud)

Dalam riwayat At-Tirmizi disebutkan : 

“Tidak ada seorang pemimpin yang menutup pintunya dari orang-orang yang memerlukannya dan orang fakir miskin, melainkan Allah juga akan menutup pintu langit dari keperluannya dan kemiskinannya.”

Hadits-hadits yang ada lebih banyak menggambarkan kepahitan menjadi pemimpin berbanding kemanisannya sedangkan mereka adalah generasi yang lebih mengutamakan kesenangan ukhrawi daripada kenikmatan duniawi. Itulah yang dapat ditangkap dari sikap keberatan mereka untuk menjadi pemimpin.

Sementara orang yang hidup di zaman ini berfikir sebaliknya :
  1. Yang mereka kejar adalah kesenangan duniawi yang boleh diperolehi melalui jawatan dan kekuasaan.
  2. Mereka lupa dengan pertanggungjawaban di hari Kiamat itu.
  3. Mereka tidak segan-segan memanipulasi dan mereka-reka sesuatu untuk mendapatkan jawatan dan kekuasaan itu.
Kadangkala cara yang digunakan hampir sama dengan cara kaum kuffar untuk menghancurkan nilai-nilai akhlak Islam yang sangat mulia; mencari dan mengumpulkan kelemahan lawan politik dan pada sesetengah waktunya, keaiban-keaiban itu dibuka dan dipertontonkan untuk melemahkan lawan politik masing-masing.

Menjadi sebuah kenyataan bahwa semua yang berebut jawatan mengaku bahwa ia lebih baik dari yang sedang memimpin dan tidak ada yang dapat memberi jaminan bahwa jika ia memimpin, keadaan akan menjadi lebih baik.

Kita seharusnya melihat bagaimana Rasulullah saw, ketika memimpin, ia telah berhasil membangun persaudaraan sehingga semua merasa aman di bawah kepimpinannya.

Belum pernah ada cerita bahwa seorang Yahudi atau Nasrani dizalimi pada zamannya. Bahkan yang sering kita dengar adalah kisah bagaimana Rasulullah saw sentiasa memberikan makanan kepada seorang Yahudi yang buta, membela hak-hak mereka, sepanjang mereka tidak melakukan pengkhianatan. Bukan hanya itu, Rasulullah saw sangat tegas menegakkan peraturan.

Diriwayatkan bahwa baginda pernah bersabda :

“Jika Fatimah puteri Muhammad mencuri, maka akan aku potong tangannya”. 

Contoh lain dilihat pada kepimpinan Abu Bakar Ash Shiddiq ra yang penuh dengan ketegasan dalam menjaga agama. Sekecil apapun sesuatu perkara yang mampu menjejaskan agama, segera di atasi oleh Abu Bakar semampu mungkin.

Ini nampak jelas ketika Abu Bakar memerangi orang-orang yang menolak membayar zakat. Abu Bakar berkata: 

“Akan aku perangi orang-orang yang membezakan antara solat dan zakat”.

Umar bin Al Khattab pula melahirkan suatu sifat kepimpinan Islam yang sedikit berbeza.
Diriwayatkan bahwa Umar, masih makan roti kering dan memakai baju yang penuh dengan tampalan di saat ia mencapai puncak kekuasaan. Setiap malam Umar akan berkeliling dari rumah ke rumah, membantu orang-orang yang susah. Umar juga sempat membelikan keperluan sehari-hari bagi para janda yang suaminya gugur di medan perang.

Tersebut dalam sebuah kisah bahwa pada suatu malam, Umar berkeliling memeriksa akan keadaan rakyatnya. Dari kejauhan ia ternampak ada sebuah lampu yang menyala. Apabila dia mendekatinya, ternampak seorang ibu sedang memasak dan di sampingnya ada anak-anak kecil yang sedang menangis.

Ketika Umar bertanya, si ibu menjawab :
“Anakku sedang lapar dan aku memasak batu supaya anakku tenang.”  

Mendengar akan hal itu, Umar terus mengambil bahan makanan dan menggendongnya sendiri dari Baitul Mal di malam itu juga. Bahkan Umar sendiri terus memasaknya untuk keluarga tersebut.

Perhatikan bagaimana Umar menyedari hakikat tanggungjawab kepimpinan. Selain itu, pada suatu hari Umar pernah berkata :

“Jika aku tidur di siang hari, aku telah abaikan rakyatku, dan bila aku tidur di malam hari aku telah abaikan diriku sendiri”.

Suatu ungkapan yang seharusnya dijadikan pedoman dan ditulis dengan tinta emas oleh setiap pemimpin.

Ya Allah, kami memahami sesungguhnya amanah kepimpinan adalah sesuatu yang cukup berat dan akan ditanya dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kami memohon kepadaMu agar dikurniakan pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab, adil dan sanggup memikul amanah kepimpinan dengan penuh insaf dan waspada.
Artikel ni di-copy-paste dari sini http://dakwah.info/featured/kepimpinan-amanah-berat/


Isnin, 31 Oktober 2011

Salam Aidiladha

Al Lajnah Ad Da-imah (Komisi Fatwa di Saudi Arabia) pernah ditanya, “Katanya ada hadits yang menjelaskan bahwa siapa yang ingin berqurban atau keluarga yang diniatkan pahala untuk berqurban, maka ia tidak boleh mencukur bulu, rambut kepala dan juga memotong kuku sampai ia berqurban. Apakah larangan ini umum untuk seluruh anggota keluarga (yang diniatkan dalam pahala qurban), baik dewasa atau anak-anak? Ataukah larangan ini berlaku untuk yang sudah dewasa saja, tidak termasuk anak-anak?” Jawab: Kami tidak mengetahui lafazh hadits sebagaimana yang penanya sebutkan. Lafazh yang kami tahu sebagaimana shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diriwayatkan oleh al Jama’ah kecuali Al Bukhari yaitu dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِى الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّىَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ “Jika kalian telah menyaksikan hilal Dzul Hijah (maksudnya telah memasuki satu Dzulhijah, pen) dan kalian ingin berqurban, maka hendaklah shohibul qurban membiarkan (artinya tidak memotong) rambut dan kukunya.”[1] Dalam lafazh lainnya, مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلاَلُ ذِى الْحِجَّةِ فَلاَ يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّىَ “Siapa saja yang ingin berqurban dan apabila telah memasuki awal Dzulhijah (1 Dzulhijah), maka janganlah ia memotong rambut dan kukunya sampai ia berqurban.”[2] Maka hadits ini menunjukkan terlarangnya memotong rambut dan kuku bagi orang yang ingin berqurban setelah memasuki 10 hari awal bulan Dzulhijah (mulai dari tanggal 1 Dzulhijah, pen). Hadits pertama menunjukkan perintah untuk tidak memotong (rambut dan kuku). Asal perintah di sini menunjukkan wajibnya hal ini. Kami pun tidak mengetahui ada dalil yang memalingkan dari hukum asal yang wajib ini. Sedangkan riwayat kedua adalah larangan memotong (rambut dan kuku). Asal larangan di sini menunjukkan terlarangnya hal ini, yaitu terlarang memotong (rambut dan kuku). Kami pun tidak mengetahui ada dalil yang memalingkan dari hukum asal yang melarang hal ini. Secara jelas pula, hadits ini khusus bagi orang yang ingin berqurban. Adapun anggota keluarga yang diikutkan dalam pahala qurban, baik sudah dewasa atau belum, maka mereka tidak terlarang memotong bulu, rambut dan kuku. Meraka (selain yang berniat qurban) dihukumi sebagaimana hukum asal yaitu boleh memotong rambut dan kulit dan kami tidak mengetahui adanya dalil yang memalingkan dari hukum asal ini. Wa billahit taufiq, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam. Fatwa ini ditandatangani oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz sebagai Ketua, Syaikh ‘Abdur Rozaq ‘Afifi sebagai Wakil Ketua, Syaikh ‘Abdullah bin Mani’ dan Syaikh ‘Abdullah bin Ghodyan sebagai Anggota. [Diambil dari Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyyah wal lIfta’, soal ketiga dari Fatwa no. 1407, 11/426-427, Darul Ifta’] Penjelasan Larangan Memotong Rambut dan Kuku[3] Para ulama berselisih pendapat mengenai orang yang akan memasuki 10 hari awal Dzulhijah dan berniat untuk berqurban. [Pendapat Pertama] Sa’id bin Al Musayyib, Robi’ah, Imam Ahmad, Ishaq, Daud dan sebagian murid-murid Imam Asy Syafi’i mengatakan bahwa larangan memotong rambut dan kuku (bagi shohibul qurban) dihukumi haram sampai diadakan penyembelihan qurban pada waktu penyembelihan qurban. Secara zhohir (tekstual), pendapat pertama ini melarang memotong rambut dan kuku bagi shohibul qurban berlaku sampai hewan qurbannya disembelih. Misal, hewan qurbannya akan disembelih pada hari tasyriq pertama (11 Dzulhijah), maka larangan tersebut berlaku sampai tanggal tersebut. Pendapat pertama yang menyatakan haram mendasarinya pada hadits larangan shohibul qurban memotong rambut dan kuku yang telah disebutkan dalam fatwa Lajnah Ad-Daimah di atas. [Pendapat Kedua] Pendapat ini adalah pendapat Imam Asy Syafi’i dan murid-muridnya. Pendapat kedua ini menyatakan bahwa larangan tersebut adalah makruh yaitu makruh tanzih, dan bukan haram. Pendapat kedua menyatakannya makruh dan bukan haram berdasarkan hadits ‘Aisyah yang menyatakan bahwa Nabi shallallahu pernah berqurban dan beliau tidak melarang apa yang Allah halalkan hingga beliau menyembelih hadyu (qurbannya di Makkah). Artinya di sini, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan sebagaimana orang yang ihrom yang tidak memotong rambut dan kukunya. Ini adalah anggapan dari pendapat kedua. Sehingga hadits di atas dipahami makruh. [Pendapat Ketiga] Yaitu pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dalam salah satu pendapatnya menyatakan tidak makruh sama sekali. Imam Malik dalam salah satu pendapat menyatakan bahwa larangan ini makruh. Pendapat beliau lainnya mengatakan bahwa hal ini diharamkan dalam qurban yang sifatnya sunnah dan bukan pada qurban yang wajib. Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat pertama, berdasarkan larangan yang disebutkan dalam hadits di atas dan pendapat ini lebih hati-hati. Pendapat ketiga adalah pendapat yang sangat-sangat lemah karena bertentangan dengan hadits larangan. Sedangkan pendapat yang memakruhkan juga dinilai kurang tepat karena sebenarnya hadits ‘Aisyah hanya memaksudkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan perkara yang sifatnya keseharian yaitu memakai pakaian berjahit dan memakai harum-haruman, yang seperti ini tidak dibolehkan untuk orang yang ihrom. Namun untuk memotong rambut adalah sesuatu yang jarang dilakukan (bukan kebiasaan keseharian) sehingga beliau masih tetap tidak memotong rambutnya ketika hendak berqurban. Apa yang dimaksud rambut yang tidak boleh dipotong? Yang dimaksud dengan larangan mencabut kuku dan rambut di sini menurut ulama Syafi’iyah adalah dengan cara memotong, memecahkan atau cara lainnya. Larangan di sini termasuk mencukur habis, memendekkannya, mencabutnya, membakarnya, atau memotongnya dengan bara api. Rambut yang dilrang dipotong tersebut termasuk bulu ketiak, kumis, bulu kemaluan, rambut kepala dan juga rambut yang ada di badan. Hikmah Larangan Menurut ulama Syafi’iyah, hikmah larangan di sini adalah agar rambut dan kuku tadi tetap ada hingga qurban disembelih, supaya makin banyak dari anggota tubuh ini terbebas dari api neraka. Ada pula ulama yang mengatakan bahwa hikmah dari larangan ini adalah agar tasyabbuh (menyerupai) orang yang muhrim (berihrom). Namun hikmah yang satu ini dianggap kurang tepat menurut ulama Syafi’iyah karena orang yang berqurban beda dengan yang muhrim. Orang berqurban masih boleh mendekati istrinya dan masih diperbolehkan menggunakan harum-haruman, pakaian berjahit dan selain itu, berbeda halnya orang yang muhrim. Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id -
[1] HR. Muslim no. 1977. [2] HR. Muslim no. 1977. [3] Kami olah dari Shahih Muslim, An Nawawi, 6/472, Mawqi’ Al Islam.

Ahad, 21 Ogos 2011

TaWaRaN hEbAt DaRi ALLAH


Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

pakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?


Sesungguhnya sangat banyak kemuliaan Lailatul Qadr, secara ringkasnya ialah....

1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.
2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).
4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.
6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)
Ayoh teman dan sahabat!
Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita....

Selasa, 16 Ogos 2011


CARTA ORGANISASI MALACCA STUDENT SOCIETY OF JORDAN 
SESI PENTADBIRAN "2011/2012"

AHLI MAJLIS TERTINGGI 

YANG DIPERTUA



MUHAMMAD RABBANI BIN SHUKOR
TAHUN 2
USULUDDIN
UNIVERSITI AL-BAYT , MAFRAQ
+962775211345


TIMBALAN YANG DIPERTUA



NUR SYAIRAH SYAFIAH BINTI JAMALULIL 
TAHUN  2 
 FIQH WA USUL
UNIVERSITI AL-YARMOUK , IRBID
+962777546378


SETIAUSAHA AGUNG


MUHAMMAD HANAFI BIN DIRON
TAHUN 2
FIQH WA USUL
 UNIVERSITY  AL-YARMOUK,IRBID
+962779433856



TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG


SITI AISYAH BINTI MOHAMMAD HASNAN
TAHUN 2
BAHASA ARAB
UNIVERSITI AL-BAYT , MAFRAQ
+962777651523





BENDAHARI AGUNG



BAIHAQI BIN BUKHARI
TAHUN 2
BAHASA ARAB
UNIVERSITI AL-BAYT , MAFRAQ
+962775531620 




TIMBALAN BENDAHARI AGUNG


MARIAM BINTI WADZIR
TAHUN 2 
PERUBATAN
JORDAN UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY , IRBID
+962776770546


Search Box