MALACCA STUDENT SOCIETY OF JORDAN

"Berkenal,Bersefahaman Dan Bersama".

"INTO THE CROWD"

mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Melaka dan pegawai Mesir.

MESYUARAT AMT DAN AME KALI KE-4

bersama,bekerjasma dan bersatu dalam mengukuhkan sebuah persatuan.

MALACCA WINTER TRIP

"Together we build our ukhuwah".

JUALAN MSSJ SEMPENA PROGRAM HEWI DAY MAFRAQ

Bersama dalam apa jua aktiviti untuk memajukan MSSJ seiring dengan visi dan misi.

Isnin, 19 Mac 2012

Perkhidmatan Khas Dari Unit Ekonomi&Keusahawanan MSSJ



Ahad, 4 Mac 2012

SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN AWAL


-semoga Allah memberkati usaha kalian-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

الحمد لله رب العلمين, وصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصهبه اجمعين
Puji dan syukur selayaknya dilimpahkan kepada Allah s.w.t yang sentiasa memberikan taufik dan hidayah kepada hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w selaku pembawa risalah terulung ke semesta alam. Jua sekalung doa buat para sahabat junjungan ahli keluarganya serta tabiin yang mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasullullah s.a.w.
Assalamualaikum...selamat berimtihan kepada semua warga MSSJ, semoga kita dapat menghadapinya dengan baik dan tenang. kita berdoa kepada ALLAH supaya mengurniakan kejayaan kepada kita.
Dalam kita berada di dalam medan menuntut ilmu ini, kesusahan dan pelbagai dugaan perlu diharungi dan ditempuhi dengan kesabaran. Sesesuai dengan ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T kepada penuntut ilmu .Firman Allah S.W.T : ( surah Al- Mujadalah ayat 11)
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Perkara yang paling penting dalam pelajaran ialah pemahaman, memahaman yang betul sajalah yang dapat menunjuk dan membawa kita ke arah yang betul. Tampa pemahaman seolah –olah rugilah apa yang dipelajari. Dan selepas kita sudah memahami ilmu, perlulah di amalkan dan disebarkan. Ilmu tampa amal seperti pohon yang tidak berbuah.
Dan yang terakhirnya ialah hafalan.Ia sangat penting dan bermanfaat. Allah S.W.T telah mencipta manusia dengan banyak keistimewaan. Antaranya ialah manusia mampu menyimpan banyak maklumat .Ini yang patut dimanfaatkan oleh kita supaya kita menjadi manusia yang menggunakan segala nikmat Allah ke jalan yang diredhaiNya. ilmu itu di dalam sanubari ,bukan di barisan kitab. 
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). Surah An Nisa’ ayat 79.
Sama-samalah kita mengambil manfaat, yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari hamba yang dhaif lagi hina ini. Kritikan dan pembetulan amat dialu- alukan.
Wassalamulaikum..

Dari Hashemi Rafsanjani Bin Kasim
Exco akademik MSSJ

Search Box